- 268 views
BINTANG
KECEMERLANGAN SUKAN SELANGOR
(B.K.S.)
Bintang ini layak dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Sukan atau Ahli-ahli Sukan Negeri Selangor (anak kelahiran atau yang bermastautin di Selangor atau yang mewakili Negeri Selangor termasuk Sukan Paralimpik) yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan dan penglibatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Bintang Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2015.
Pegawai-pegawai yang layak adalah Pegawai-pegawai yang telah menempa nama di peringkat Antarabangsa yang telah melahirkan Ahli-ahli Sukan yang berjaya di peringkat Antarabangsa atau sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN.
Individu yang layak adalah Ahli-ahli Sukan Negeri Selangor yang telah memenangi pingat di kejohanan- kejohanan di peringkat ASEAN seperti Sukan SEA atau setaraf dengannya.
Bilangan kuota orang yang dikurniakan menjadi Ahli Bintang Kebesaran ini tidak melebihi lima (5) orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah seratus (100) orang.
Pengurniaannya adalah semasa Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
BINTANG KECEMERLANGAN SUKAN SELANGOR (B.K.S.)