- 5310 views

DARJAH KEBESARAN
DATO’ PADUKA MAHKOTA SELANGOR
(D.P.M.S.)
Kelas Kedua
Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor ini dizahirkan pada tahun 1961 sebagai kurniaan Kelas Kedua dalam susunan Darjah Kebesaran Mahkota Selangor. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini ialah tidak lebih daripada 20 orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 600 orang.
Ahli Kehormat yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran “Dato’ ” pada pangkal namanya bagi Ahli Lelaki, “Datin Paduka” kepada Ahli Wanita. Isteri Ahli Kehormat Lelaki menggunakan gelaran “Datin”. Suami kepada Ahli Wanita tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran.