Warta > Tahun > 2010
Jil. 64
13 Januari 2011
TAMBAHAN
Bil. 138.
No. 1
No. 138.
SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-65
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR TAHUN 2010

Nama :Laksamana Madya Dato' Jamil Bin Osman,
P.S.A.T., D.I.M.P., P.A.T., J.S.M., S.D.K., K.A.T.
Jawatan :Panglima Angkatan Bersama, Markas Angkatan Tentera Laut
Bertanggungjawab dalam merancang dan mengatur pergerakan kapal-kapal yang berpengkalan di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan dalam menjalankan operasi-operasi diperairan Pantai Timur Semenanjung serta Laut China Selatan.
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Tuan Haji Md. Nasir Bin Md. Arshad,
A.M.N., P.P.T.
Jawatan :Timbalan Pengurus Besar, PKNS (Pentadbiran dan Pembangunan),
Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlantikan dan Kenaikan Pangkat Kumpulan C&D
Naib Presiden 1 Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi
Preisden Persatuan Pegawai Kanan PKNS (SOA) dari tahun 1997-2006
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berbahagia Dato' Wahab Bin Hamid,
D.S.D.K., A.M.S., P.B.B.
Jawatan :Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
Bekas Pengarah MIDA Sarawak, Selangor, Korea dan Germany
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Tuan Mislan Bin Tugiu,
S.M.S., A.I.S.
Jawatan :Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang
Pernah bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Perdagangan, Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah.
Bekas Pegawai Daerah Gombak.
Bekas Pegawai Daerah Hulu Selangor
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Tuan Zainal Abidin Bin Aala,
S.M.S., A.M.N., P.J.C., K.M.N., A.M.S.
Jawatan :Pegawai Daerah Hulu Langat
Bekas Penolong Pegawai Daerah (Bhg. Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam tahun 1998)
Bekas Ketua Penolong Pengarah (Khas), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor tahun2000
Bekas Timbalan Pengarah Negeri Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya tahun 2005
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Puan Che Asmah Binti Ibrahim,
S.I.S.
Jawatan :Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor
Terlibat secara lansung dalam mengedalikan kejadian bencana jerebu pada awal tahun 1998 dan setiap kali Negara menghadapi episod jerebu sepanjang tahun 1998-2005
Terlibat dalam program kerjasama dan projek kajian dua hala di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan luar seperti Malaysia-Denmark, Malaysia-Germany(GTZ), Malaysia-Australia(AUS-AiD) dan Malaysia-USEPA.
Terlibat di dalam pelaksanaan program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air Sungai Langat dan Sungai Selangor
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Dr. Mohamed Yusof Bin Abdul Wahab,
Jawatan :Pakar Perunding Bedah Am Dan Ketua Jabatan Bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Pernah berkhidmat di Hospital Derah Tanjung Karang, Selangor pada tahun 1990.
Bekas Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Muar, Johor pada 1988- 1989.
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Yang Berusaha Encik Mohd Rafik Bin Shah Mohamad,
Jawatan :Pengarah, Nestle (M) Berhad
Pengarah, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd
No Kod : - D.P.M.S.
Nama :Laksamana Pertama Dato' Haji Khairuddin Bin Khalid,
D.I.M.P., J.S.M., S.M.S., P.A.T., K.A.T.
Jawatan :Panglima Sistem Armada, Markas Tentera Laut
Bertanggungjawab terus kepada Asisten Ketua Staf (Logistic) ke atas perkara dasar teknikal TLDM berkaitan pembelian, pemasangan peralatan dan perolehan aset baru seperti kapal, alatan utama serta sistem.
Bertanggungjawab dalam kelancaran dasar penyelenggaraan kapal-kapal beroperasi, alatan dan sistem kapal, dasar keanggotaan teknikal dan juga perjawatan pegawai-pegawai teknikal
Ditugaskan untuk menguruskan senggaraan ke atas pesawat dan mengkoordinasikan latihan juruteknik dengan baik dan berkesan.
Diberi kepercayaan untuk menganggotai Tim Pemeriksaan dan Penerimaan pembelian 6 buah helikopter WASP dari United Kingdom.
No Kod : - D.S.I.S.
Nama :Brigedier Jeneral Dato' Haji Ahmad Anuar Bin Ahmad, TUDM,
D.I.M.P., D.S.D.K., P.A.T., S.A.P., S.D.K., K.A.T., A.M.P.
Jawatan :Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan
Bekas Ketua Penerbangan Asas di Pusat Latihan Penerbangan Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar dari tahun 1991-1994
Bekas juruterbang pesawat VIP di No 2 Skuadon
Bertanggungjawab untuk melatih bakal-bakal juruterbang Pesawat VIP bagi memastikan bahawa prestasi adalah ditahap yang tinggi.
Pernah terlibat dengan tugas-tugas membenteras pengganas komunis demi keselamatan negara.
No Kod : - D.S.I.S.
Muka 1 2 3 4