Kuasa Sultan Menganugerahkan atau Mengurniakan Darjah Kebesaran


XXXVIII. Sultan ialah sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Negeri dan Baginda sahajalah yang boleh menganugerahkan gelaran dan kebesaran dan mewujudkan Darjah dan Pingat Penghormatan dan Kebesaran:

Dengan syarat bahawa -


(a)       
sebelum Sultan menjalankan prerogatif Baginda di bawah Perkara ini, Baginda hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Dewan di-Raja; dan

(b)       
jika pewujudan mana-mana Darjah atau Pingat Penghormatan dan Kebesaran akan melibatkan perbelanjaan daripada hasil Negeri, persetujuan Dewan Undangan adalah perlu.



- Sumber: Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959